Pages

Monday, June 27, 2011

Invitation To Sorak Sihat 1Malaysia

14 Jun 2011

Datuk/Tan Sri/Tuan/Puan,

SORAK SIHAT 1MALAYSIA ANJURAN FAMEMAS DAN LPKM

Berhubung dengan perkara diatas, adalah amat berbesar hati kami sekiranya Datuk/Tan Sri/Tuan/Puan dapat hadir ke program Sorak Sihat 1Malaysia anjuran Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor, dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM).

Objektif penganjurannya adalah untuk melaksanakan sessi sorakan sukan patriotik bersama lagu dan gerak tari penyokong untuk menunjukkan impak visual dan spiritual kepada golongan sasar: athlit and kontinjen negara Malaysia disamping menerapkan nilai-nilai kesihatan melalui aktiviti fizikal yang seiring dengan suara vokal dan sokongan ritma dan tempo patriotik.

Aturcara Program yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 17 Julai 2011

Tempat: Dewan Komanwel, Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil dan persekitaran untuk Larian 3km

Masa: 7 pagi sehingga 1 tengahari

7 pagi Pendaftaran

7.30 pagi Pelepasan Senaman 3km Walk oleh Tetamu Kehormat

9 pagi 3km Walk Berakhir dan Rehat / Refreshments

10 pagi Majlis Perasmian

10.05 pagi Kata Aluan Pengerusi

10.15 pagi Pelancaran oleh Tetamu Kehormat

10.30 pagi Taklimat Kesihatan

11.15 pagi Senaman Sorak 1Malaysia oleh Pelatih dari Majlis Sukan Negara Gerak Senam Gerak Sorak Latihan Sorak Senam bersama Lagu/Rentak Sokongan Sukan Malaysia

12.30 tgh Rumusan Program Penutup Program Penyampaian Cenderamata

1.00 tgh Bersurai dan Makan Tengahari

Adalah amat besar harapan kami agar pihak Datuk/Tan Sri/Tuan/Puan dapat menghadirkan diri. Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang diberikan kepada Famemas setakat ini.

Sila mendaftar diri di famemas@gmail.com atau hubungi saya di 012-3293378 atau Setiausaha kami, Encik Hafidz Kosai di nombor telefon 012-6908307 sekiranya Tuan/Puan memerlukan maklumat lanjut.

Sekian, Terima Kasih

MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Yang Benar, Bagi pihak Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor

Lee Hui Seng

Pengerusi

No comments:

Post a Comment