Pages

Tuesday, February 24, 2015

Siaran Media: Astro Bella Rai Hari Wanita Sedunia 8 Mac ini Dengan Malaysia Women Marathon



Kuala Lumpur, 24 Februari 2015 – Sempena meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac ini, Astro Bella dan Malaysian Women Marathon (MWM) akan berkolaborasi menganjurkan MWM Astro Bella 5km 2015. Bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut, Astro Bella (Saluran 133) turut menayangkan pelbagai program istimewa.

Program-program istimewa ini juga akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Astro Prima) dan Astro Citra (Saluran 131). Kemuncak program istimewa ini di televisyen adalah menerusi program Apa Kata Malaysia yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. Menerusi program ini, seramai tiga tetamu wanita yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi akan ditemu ramah secara eksklusif. Mereka adalah penyanyi Ning Baizura, model dan ahli perniagaan Mawar Abdul Karim dan pereka terkenal Alia Bastamam.

MWM Astro Bella 5km 2015 akan berlangsung pada hari Ahad, 8 Mac bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. Selain acara maraton yang turut disertai oleh ramai selebriti seperti Ayda Jebat, Elfaeza Ul Haq, Anita Baharom, Tunku Hanis, Adeline Tsen dan Nina (AF 2014), program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mini karnival dan persembahan pentas.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara maraton boleh melayari laman web rasmi MWM di mwm.my untuk terma dan syarat.

Radio SINAR fm akan menganjurkan peraduan selama seminggu bermula 23 hingga 27 Februari ini. Pemenang bertuah akan berpeluang menyertai acara maraton ini dan berlari bersama-sama selebriti kegemaran mereka. Untuk terma dan syarat, layari laman web ww.sinar.fm.

Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Bermula dengan sokongan yang diberikan kepada larian MAKNA Founder’s Night Run, ‘Astro Bella Runs With Makna’ sempena Kempen Barah Payu Dara dan Kempen Astro Bella Jom Kurus yang dianjurkan baru-baru ini, Astro Bella akan terus komited dan menyokong mempromosikan amalan kehidupan sihat dan sejahtera di kalangan masyarakat terutamanya kepada golongan wanita seperti ini.

Kami sangat berbangga kerana dapat berkongsi hari yang penuh bermakna ini di samping mengiktiraf kebolehan dan pencapaian para wanita. Acara larian ini akan lebih menjadi pengalaman yang lebih manis sekiranya para peserta dapat menamatkan larian mereka, memperbaiki rekod peribadi atau mungkin inilah kenangan penyertaan kali pertama mereka. Inilah objektif yang ingin kami capai sempena sambutan Hari Wanita Sedunia ini.”

Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #mwmastrobella5km

No comments:

Post a Comment