Pages

Monday, December 24, 2018

Media Statement from Malaysia Sport Commissioner Regarding the Running Event Guidelines Proposed by Malaysia Athletic Federation



KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA 
BERHUBUNG CADANGAN GARIS PANDUAN PENGANJURAN ACARA LARIAN PERSEKUTUAN OLAHRAGA MALAYSIA 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini di peringkat akhir pemerkasaan Akta Pembangunan Sukan (Akta 576) menerusi pewartaan tiga (3) peraturan sebagai undang-undang subsidiari iaitu Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Pelesenan), Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Bidaan atau Tawaran Menjadi Tuan Rumah Sukan Antarabangsa) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan). 


Ke arah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan tersebut. KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) telah giat untuk memastikan semua badan sukan kebangsaan rnempunyai dokumen rasmi berkaitan garis panduan penganjuran sukan masing-masing. Penyediaan dokumen ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 34 yang mengkehendaki badan sukan untuk memastikan aktiviti sukan mereka dijalankan rnengikut peraturan dan standard yang ditetapkan oleh badan pengelola sukan antarabangsa terutamanya yang berisiko tinggi seperti larian, berbasikal, sukan bermotor, sukan duathlon. sukan triathlon dan sukan larian berhalangan. 

Sehubungan itu. Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menyediakan deraf awal garis panduan bagi semakan Pejabat ini. Berdasarkan deraf yang diterima daripada MAF, Pejabat ini akan meneliti dan membuat semakan berasaskan garis panduan International Association of Athletic Federation (IAAF) sebagai rujukan. 

Beberapa aspek diberi penekanan yang merangkumi skop acara atau disiplin sukan yang disanksi, pengurusan aspek keselamatan, peranan badan sukan dalam urusan sanksi, perkhidmatan dan kebaikan yang bakal diperolehi oleh penganjur serta soal bayaran fi sanksi yang bakal dikenakan. 

Pejabat ini berpandangan bahawa fi sanksi yang bakal dikenakan hendaklah munasabah dan berkadaran yang setara dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh badan sukan dan tidak membebankan tanpa kompromi terutamanya aspek keselamatan penganjuran acara sukan. 

Selain itu. Pejabat ini juga akan merujuk kepada garis panduan badan pengelola sukan antarabangsa dan membuat perbandingan dengan amalan negara lain untuk melihat kesesuaian amalan sanksi ini secara keseluruhannya. 

Inisiatif ini adalah penting agar Peraturan-Peraturan berkenaan adalah selari dengan Peruntukan Seksyen 33 dan 34 Akta 576. Pejabat ini akan mengadakan perbincangan lanjut bersama MAF sebelum garis panduan tersebut dimuktamadkan untuk memastikan sebarang perlaksanaan fi sanksi tidak membebankan dan mengekang penyertaan peserta. 

DATO' ZAITON OTHMAN 
24 Disember 2018 

Source: KBS Malaysia

No comments:

Post a Comment