Monday, February 02, 2015

Media Release: 3R International Marathon and Carnival 2015


Tengah - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB. Datuk Abdul Rahman Dahlan
Kiri - Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Kanan - Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste Corporation Malaysia (SWCORP),YBhg. Datuk Ab Rahim bin Md Noor

PUTRAJAYA, 27 JANUARI 2015 – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBhg. Datuk Abdul Rahman Dahlan dan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan 3R International Marathon and Carnival 2015.

Bagi menjadikan nama Malaysia antara negara yang giat menjadi negara yang giat melaksanakan amalan kitar semula, PPSPPA mengambil inisiatif buat julung-julung kalinya dengan menganjurkan 3R International Marathon and Carnival. Pada tahun ini, PPSPPA akan melaksanakan promosi 3R International Marathon and Carnival dengan lebih hebat di peringkat nasional dan antarabangsa dengan lebih meluas agar mencapai sasaran 60,000 orang pengujung yang akan hadir sepanjang program ini berlangsung.



Walaupun julung kali diadakan, menurut YBhg. Datuk Abdul Rahman sasaran pengunjung program bukanlah dibuat secara semberono kerana program larian diperingkat nasional ini pernah dilaksanakan oleh PPSPPA dan tercatat dalam sejarah Malaysia Book Of Records (MBR) “For The Largest Simultaneous Participation In A Run To Promote Recycle Campaign” dengan mencatatkan kehadiran seramai 17,552 orang peserta di sembilan (9) buah lokasi di seluruh semenanjung Malaysia.

Justeru itu, menerusi usaha penganjuran program seperti ini, ia bukan sahaja dapat menggalakkan masyarakat untuk menjalani gaya hidup sihat malah dapat mendidik pengunjung menerusi karnival yang diadakan serentak dengan Program International Marathon And Carnival yang dijangka akan dijalankan pada 18 dan 19 April ini dimana pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang event.themarathonshop.com.my.

Runwitme Says: Sorry! The press release is only available in Bahasa Malaysia. For more info, please head over to http://3rinternationalmarathon.com/index.html

No comments: