NIKE CITY 10K KUALA LUMPUR
Nike Bertekad Meramaikan Komuniti Pelari di Malaysia
KUALA LUMPUR, 3 September 2010 – Nike Malaysia baru-baru ini memulakan pendaftaran bagi larian sulung Nike City 10K Kuala Lumpur, suatu temasya sukan unik yang bakal menyaksikan pelari-pelari muda berlumba merentasi jalan-jalan Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2010 dalam usaha meraih gelaran juara kota raya.
Bermatlamat untuk menyemaikan semangat lari dalam kalangan belia masa kini, perlumbaan Nike City 10K telah mensasarkan 10,000 pelari dengan lebih daripada 6,000 pelari tersebut termasuk dalam kategori bawah 25 tahun. Tekad Nike untuk meramaikan komuniti pelari muda di Malaysia dapat dilihat daripada corak penganjuran perlumbaan yang akan berlangsung di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Peserta perlumbaan boleh memilih laluan 5km atau 10km ketika mendaftar untuk perlumbaan bandaraya dan dijamin akan menempuh pengalaman perlumbaan yang unggul dengan larian hebat berkisar dalam zon-zon utama di sepanjang kedua-dua laluan perlumbaan untuk memberi dorongan dan semangat kepara para pelari.
Sebanyak 22 negara di seluruh dunia akan menjadi tuan rumah Nike City 10K. Malaysia dan Singapura mewakili Asia Tenggara. Di samping perlumbaan fizikal, kedua-dua bandaraya akan menurunkan pelari mereka dalam perlumbaan antara bandaraya di mana para pelari Malaysia bertanding dengan rakan-rakan mereka dari Singapura untuk mencatat kilometer bagi bandaraya mereka dari sekarang hingga 31 Okt 2010 dengan memakai Nike+ Sportband.
Persaingan sengit antara kedua-dua bandaraya akan mendorong para pelari Malaysia meraih kilometer demi kemegahan negara dan peluang untuk memenangi USD30, 000 untuk badan amal tempatan Hope Malaysia manakala Singapura pula akan berlari untuk Persatuan Kanak-kanak Singapura.
“Larian Nike City 10K menyorot komitmen Nike kepada sukan lari dengan satu matlamat iaitu memberi para pelari suatu pengalaman lari tiada tandingan yang merangkumkan muzik, hiburan dan sedikit sebanyak persaingan melalui Cabaran Kuala Lumpur lwn Singapura. Harapan kami semoga lebih ramai pelari muda menjiwai sukan lari dan bertekad untuk mencabar diri mereka atau kawan-kawan menerusi komuniti pelari dalam internet iaitu Nike+,” kata Menaha Nadaraja, Pengurus Pemasaran, Nike Malaysia.
Larian fizikal akan berlangsung di kedua-dua bandaraya dalam bulan Oktober. Larian Nike City 10K akan bermula di Kuala Lumpur pada 10 Oktober dan perlumbaan di Singapura dijadualkan pada 24 Oktober 2010.
Pendaftaran bagi Larian Nike City 10K dibuka sekarang dan para pelari boleh mendaftar untuk kategori Terbuka (Lelaki / Wanita) atau kategori Bawah 25 (Lelaki / Wanita). Pelari muda juga boleh mendaftar untuk kategori Sekolah, yang terbuka kepada pelajar dari sekolah menengah, kolej dan universiti. Yuran pendaftaran RM10 (bagi pelari 24 bawah dan ke bawah) dan RM50 (bagi pelari 25 tahun dan ke atas). Bayaran ini termasuk sehelai kemeja T larian Nike City 10K lengkap dengan bib nombor pracetak dan hadiah penamat bagi semua peserta yang menamatkan perlumbaan.
Peserta perlumbaan yang mendaftar untuk Nike City 10K akan menikmati 50% diskaun bagi Nike+ SportBand; ini membolehkan mereka menyertai cabaran internet antara bandaraya Kuala Lumpur lwn Singaura di www.nikerunning.com.my. Nike+ SportBand adalah pautan pelari dengan kelab larian yang terbesar di dunia dengan keahlian hampir 2 juta orang seluruh dunia, di mana anda boleh layari dan semak semula larian, dapatkan nasihat larian, cabar kawan dan lain-lain lagi.
Untuk menolong pelari muda memahami dan menjiwai sukan lari, Nike Malaysia akan menganjurkan siri larian latihan untuk pelari muda berlatih secara berkumpulan bagi Larian Nike City 10K Kuala Lumpur. Sesi larian latihan akan diadakan dari 18 September hingga 3 Oktober 2010 di destinasi-destinasi tertentu. Penyertaan adalah percuma dan pelari yang mendaftar untuk sesi tersebut akan berpeluang mencuba produk-produk larian Nike yang terkini dan mendapat petua lari daripada para pakar.
Maklumat lanjut mengenai Larian Nike City 10K Kuala Lumpur boleh didapati di www.nikerunning.com.my.
No comments:
Post a Comment