14 Jun 2011
Datuk/Tan Sri/Tuan/Puan,
SORAK SIHAT 1MALAYSIA ANJURAN FAMEMAS DAN LPKM
Berhubung dengan perkara diatas, adalah amat berbesar hati kami sekiranya Datuk/Tan Sri/Tuan/Puan dapat hadir ke program Sorak Sihat 1Malaysia anjuran Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor, dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM).
Objektif penganjurannya adalah untuk melaksanakan sessi sorakan sukan patriotik bersama lagu dan gerak tari penyokong untuk menunjukkan impak visual dan spiritual kepada golongan sasar: athlit and kontinjen negara Malaysia disamping menerapkan nilai-nilai kesihatan melalui aktiviti fizikal yang seiring dengan suara vokal dan sokongan ritma dan tempo patriotik.
Aturcara Program yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 17 Julai 2011
Tempat: Dewan Komanwel, Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil dan persekitaran untuk Larian 3km
Masa: 7 pagi sehingga 1 tengahari
7 pagi Pendaftaran
7.30 pagi Pelepasan Senaman 3km Walk oleh Tetamu Kehormat
9 pagi 3km Walk Berakhir dan Rehat / Refreshments
10 pagi Majlis Perasmian
10.05 pagi Kata Aluan Pengerusi
10.15 pagi Pelancaran oleh Tetamu Kehormat
10.30 pagi Taklimat Kesihatan
11.15 pagi Senaman Sorak 1Malaysia oleh Pelatih dari Majlis Sukan Negara
Gerak Senam
Gerak Sorak
Latihan Sorak Senam bersama Lagu/Rentak Sokongan Sukan Malaysia
12.30 tgh Rumusan Program
Penutup Program
Penyampaian Cenderamata
1.00 tgh Bersurai dan Makan Tengahari
Adalah amat besar harapan kami agar pihak Datuk/Tan Sri/Tuan/Puan dapat menghadirkan diri. Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang diberikan kepada Famemas setakat ini.
Sila mendaftar diri di famemas@gmail.com atau hubungi saya di 012-3293378 atau Setiausaha kami, Encik Hafidz Kosai di nombor telefon 012-6908307 sekiranya Tuan/Puan memerlukan maklumat lanjut.
Sekian, Terima Kasih
MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!
Yang Benar, Bagi pihak Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor
Lee Hui Seng
Pengerusi
No comments:
Post a Comment