Wednesday, September 20, 2017

The Director of Pahang State Museum Corporation Apologises Over The Shortcomings of Larian Muzium Pahang - Kuantan Night Run 2017





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya mengambil ruang dan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan acara Larian Muzium Pahang - Kuantan Night Run yang telah berlangsung pada 16 September 2017 yang lalu.

2. Selaku penganjur bersama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM), kami akui banyak sekali kelemahan dalam pelbagai aspek yang terdapat semasa penganjuran acara tersebut. Namun, kami amat bersyukur tiada perkara buruk yang melibatkan keselamatan nyawa berlaku.

3. Kami akan mengambil kira semua pandangan, komen dan idea yang telah kami terima bagi tujuan penambahbaikan pada penganjuran yang akan datang. Kami akan menjadikan pengalaman pertama ini sebagai satu pengajaran yang amat penting dalam penganjuran program-program yang seterusnya.

4. Saya dengan rasa rendah diri ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul yang sedikit sebanyak telah mewujudkan ketegangan dan rasa tidak puas hati di kalangan ramai pihak. Jika ada sebarang perkara yang masih belum selesai Tuan/Puan boleh berhubung secara terus dengan saya melalui alamat email berikut farid.muzium0701@gmail.com. Insya Allah saya akan segera membantu.

5. Saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala kerjasama, keperihatinan dan timbang rasa semua pihak dalam perkara ini. Keperihatinan Tuan/Puan amat kami hargai dan ini adalah tanda sokongan Tuan/Puan kepada program yang kami anjurkan. Syukur Alhamdulillah. Semoga Tuan/Puan akan terus menyokong program-program yang bakal kami anjurkan, InsyaAllah dengan pengurusan yang lebih berkualiti untuk manfaat bersama.

6. Justeru, dengan ini saya memaklumkan bahawa laman Facebook ini akan ditutup mulai 21 September 2017. Sebarang pertanyaan boleh berhubung secara terus melalui alamat email di atas.

Semoga hubungan baik sesama kita akan terus kukuh utuh.

Saya dengan hormatnya,
Ahmad Farid bin Abdul Jalal
Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang

No comments: