Sunday, December 09, 2018

Media Statement from Deputy Minister of Youth and Sports regarding the mishap involving the participant of "The 41st Penang Round The Island Relay 2018"



KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN

BERHUBUNG INSIDEN KEMALANGAN MEMBABITKAN PESERTA THE 418T ROUND PENANG ISLAND RELAY 2018


Merujuk kepada kemalangan membabitkan dua (2) orang peserta "The 41st Round Penang Island Relay" pada awal pagi |n| di Bayan Lepas, Pulau Pinang, saya telah menghubungi pihak berkuasa hospital untuk memohon kerjasama sepenuhnya diberikan kepada mangsa serta keluarga mereka.

Selain itu, saya juga sempat menghubungi keluarga mangsa unluk menawarkan sebarang jenis bantuan yang diperlukan. Program tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang.

Berhubung status pemohonan kebenaran bagi acara ini, memandangkan penganjur acara ialah Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang, tiada keperluan bagi mereka sebagai badan sukan untuk meminta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum mengan|ur apa-apa acara sukan.

Namun, KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan mempunyal garis panduan berkaitan aspek-aspek penganjuran acara sukan kepada syarikat dan mana-mana organisasi yang berhasrat untuk menganjurkan acara sukan.

Justeru. saya ingin menegaskan kepada setiap penganjur tidak kira dalam kapasiti individu, badan sukan ataupun syarikat agar mematuhi semua undang-undang dan peraturan sedia ada di negara ini demi kebaikan dan keselamatan para peserta.

KBS sedang berusaha untuk mewartakan Peraturan Pembangunan Sukan (Perlesenan) 2018 agar ia dapal dilaksanakan dengan kadar segera selaras pelaksanaan Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018. Petaturan tersebut bakal memperkukuhkan lagi segala aspek penganjuran acara sukan di Malaysia.

Dua (2) perjumpaan telah dibuat oleh pihak KBS dengan pemegang taruh baru-baru ini iaitu pada 22 Oktober dan 5 Disember 2018 bagi memperincikan Peraturan Pembangunan Sukan (Perlesenan) 2018 sebelum peraturan tersebut diwartakan

Deraf peraturan tersebut sedang dikajisemula untuk merangkumi maklumbalas daripada pemegang taruh.

STEVEN SIM CHEE KEONG
9 Disember 2018

Sumber: Facebook KBS

No comments: