Sunday, January 30, 2011

1Malaysia KL Heritage Xplorace 2011

1. “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011” adalah merupakan acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur.

2. Ianya adalah kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.

3. Acara yang penuh mencabar ini akan di adakan pada 26 Febuari 2011 dimana ianya merupakan acara hiburan berinformatif dan menguji minda serta fizikal para peserta.

4. Penjelajahan ini akan membawa para peserta menjelajah di seluruh kawasan Segitiga Emas dan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 km untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya dan warisan.

5. Objektif utama acara ini di adakan bagi memperkenalkan dan mempromosikan tempat-tempat warisan yang terdapat di Kuala Lumpur di samping memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia agar menanamkan rasa cinta kepada negara di dalam menghargai dan memperkayakan hasil warisan negeri.

6. Selain daripada itu, “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011” di adakan adalah bersempena dengan sambutan Hari Wilayah 2011 dan sebagai tanda sokongan kami kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di dalam mempelbagaikan lagi aktiviti di bandaraya.

7. Sasaran utama acara ini adalah golongan remaja, keluarga , media dan selebriti.

8. Ianya terbuka kepada 2 orang peserta bagi setiap kumpulan peserta harus berumur 18 tahun ke atas.

9. TETAPI sekiranya terdapat peserta yang berumur kurang daripada 17 tahun, pasangan haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai hubungan persaudaraan seperti ayah&anak, emak&anak, adik& abang, adik & kakak dan sebagainya.

10. Penyertaan adalah terbuka kepada 200 kumpulan yang terawal mendaftar iaitu seramai 400 orang peserta sahaja.

11. Setiap kumpulan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 bagi warga Malaysia dan RM100.00 untuk warga asing.

12. Setiap peserta akan menerima air mineral, tuala mini dan sehelai tshirt acara.

13. Kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Terbuka dan Media/selebriti.

14. Hadiah yang ditawarkan ialah bernilai hampir RM20,000.00 secara keseluruhan yang berupa wang tunai, hamper, piala dan Ipad (hadiah utama)

15. Mekanisma acara ini ialah para peserta akan melalui 12 “check point” yang telah dikenal pasti sebagai laluan para peserta. Laluan akan bermula dan berakhir di Menara Kuala Lumpur.

16. Lokasi yang akan mereka singgah adalah tempat-tempat yang mempunyai warisan, sejarah dan kepopulariti yang tersendiri.

17. Setiap kumpulan akan berhenti di setiap tempat warisan yang telah ditetapkan dimana mereka akan diuji dengan beberapa soalan, permainan dan aktiviti sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

18. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar merebut peluang keemasan ini, di mana kita bersama-sama dapat beriadah di dalam aktiviti yang sihat ini dan menambah ilmu pengetahuan mengenai bandaraya Kuala Lumpur yang kaya dengan warisan sejarah ini.

19. Borang penyertaan boleh di dapati di Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom mulai 24 Januari 2011. Anda juga boleh melayari laman web kami di www.menarakl.com.my atau menghubungi kami di talian 03-20205444/03-2020 5448 untuk sebarang pertanyaan.

Source: Fact Sheet provided by Menara KL

No comments: